Perfect-T ialah satu revolusi dalam teknologi rawatan dan pelinciran.
Diselidiki dan diformulasi oleh seorang profesor UiTM dengan pengalaman luas dalam bidang kimia dan kajian alam sekitar.
Menggunakan bahan asas terbaik daripada minyak kelapa sawit yang merupakan suatu sumber yang boleh diperbaharui, dikekalkan dan mesra alam untuk menghasilkan pelincir/rawatan bertaraf dunia yang mampu mengatasi prestasi pelincir/rawatan yang diimport.
Menetapkan piawai yang terunggul untuk prestasi enjin dan peningkatan perbatuan (mileage) dalam industri pelinciran dan rawatan.
Teknologi mesra alam yang telah diuji dan dibuktikan.
FAEDAH PERFECT-T PETROL ESSENTIAL
Faedah Umum
- Berkesan untuk enjin baru dan lama
- Mengembalikan kuasa dan pecutan
- Menghapuskan 'pinging' dan 'knocking'
- Meningkatkan perbatuan (10% - 40%)
- Melindungi daripada kerosakan haba
- Mengurangkan pelepasan gas-gas merbahaya (Karbon Monoksida [CO] sebanyak 62% dan Hidrokarbon [HC] sebanyak 39%)
- Meningkatkan kuasa kuda dan memperbaiki prestasi enjin
- Melanjutkan hayat enjin kenderaan
CARA PENGGUNAAN
Untuk kereta/van/kenderaan pacuan 4 roda/MPV dsb.
Tuangkan satu (1) botol Perfect-T Petrol Essential ke dalam tangki minyak. Ulangi setiap 5000 kilometer. Untuk prestasi optimum, Perfect-T Petrol Essential boleh ditambah pada bila-bila masa dan/atau di antara 2000 dan 5000 kilometer. Satu botol 300ml (10 oz) Perfect-T Petrol Essential mampu merawat sehingga 60 liter petrol.
Untuk motosikal
Tuangkan 30ml Perfect-T Petrol Essential ke dalam tangki minyak. Ulangi setiap 5000 kilometer. Untuk prestasi optimum, Perfect-T Petrol Essential boleh ditambah pada bila-bila masa dan/atau di antara 2000 dan 5000 kilometer.
Perfect-T Petrol Essential juga bermanfaat untuk semua enjin petrol lain contohnya enjin kilang, bot atau lain-lain jenis enjin petrol.
Gunakan Perfect-T Petrol Essential pada nisbah 1 liter untuk setiap 200 liter petrol untuk enjin berkapasiti tinggi dan 5 ml untuk setiap liter petrol untuk enjin berkapasiti rendah.
Ulangi setiap 5000 kilometer.
Untuk prestasi optimum, Perfect-T Petrol Essential boleh ditambah pada bila-bila masa dan/atau di antara 2000 dan 5000 kilometer atau selepas 4 hingga 5 kali isian semula penuh petrol.
PENGIRAAN PENJIMATAN PETROL
Kapasiti normal tangki Proton Waja = 52 liter
RM 2.10/liter X 52 liter = RM 109.20
ANGGAPAN
Penjimatan 10% petrol = RM 10.92
Penjimatan 20% petrol = RM 21.84
Penjimatan 30% petrol = RM 32.76
Kos untuk 5,000 km pada purata 500km setangki =
- RM 109.20 untuk 10%
- RM 210.84 untuk 20%
- RM 320.76 untuk 30%
